Monday, January 16, 2017

TUKAD GONIPIS KAMPUNG TUDAN RANAU


Untuk orang yang suka cabaran lasak, Tukad Gonipis Kampung Tudan Ranau ini boleh dijadikan sebagai ujian ketahanan diri. Walaupun masih dalam proses penambahbaikan dan pengindahan tetapi ianya telahpun dibuka untuk tempat rekreasi kepada orang ramai. Walaupun masih dalam proses menanam bunga untuk mengindahkan kawasan persekitaran tetapi pemandangan apabila melepasi anak tangga yang paling atas amat menarik dengan pemandangan kampung-kampung sekitar dan pohon-pohon kayu yang masih kelihatan di bukit-bukit sekeliling. Terletak di kampung Tudan bolehlah di katakan terletak di bawah kaki Gunung Kinabalu dengan suhu yang agak sejuk amat mendamaikan setelah penat mendaki anak-anak tangga buatan ini.


Setakat ini (sewaktu tulisan dibuat) terdapat 188 anak tangga dan sebanyak 388 lagi anak tangga masih dalam proses pembuatan menjadikan jumlah anak tangga ialah 576 keseluruhannya.Pembinaan homestay juga dalam perancangan dan kementerian pelancongan sudahpun meninjau kawasan ini untuk dijadikan salah satu tarikan pelancong.

Pembinaan jungle tracking juga sedang berlangsung di mana ianya merupakan laluan yang akan sampai ke puncak bukit tempat terletaknya tangga-tangga ini.




Anda perlu berada dalam keadaan kesihatan terbaik agar tidak mengalami masalah dalam pendakian kerana tanpa latihan fizikal, anda boleh kejang otot semasa pendakian. 






























Setakat ini tiada bayaran yang dikenakan untuk melawat tempat ini cuma anda dinasihatkan agar berhati-hati semasa membuat lawatan ke sini kerana keadaan persekitaran yang agak curam dan berbatu. Untuk mengetahui tempat ini anda boleh bertanya kepada penduduk sekitar apabila sampai ke Kampung Tudan. satu hari kawasan ini mempunyai potensi besar untuk dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancong ke Ranau dan khususnya Kampung Tudan.





Antara artis terkenal yang pernah menjejakkan kakinya ke sini ialah bekas pelajar Akedemi Fantasia Marsha Milan Londoh.