Friday, January 13, 2017

Bukit Lugas Kampung Waang


(Ubah suai dari info asal yang disediakan oleh saudara Puro Eskanol...thanks bro)

Ramai yang tidak tahu kewujudannya, hanya nama dan imej sahaja yg biasa memenuhi ruangan media sosial facebook selama ini. Bukit ini terletak di kampung Waang Lama atau lebih tepat atas Kampung Donggu. Untuk sampai ke sini anda boleh melalui 2 jalan daripada jalan utama KK-Ranau. Jalan pertama ialah dari pekan kundasang, iaitu simpang kanan daripada roundabout monumen Kubis cina yang agak popular d sekitar sini sebagai landmark untuk pelancong. Jalan kedua, adalah melalui simpang Kampung Kibas iaitu kampung berhampiran pekan Ranau yakni simpang yang sama ke Arnab Village Homestay.

Sk Mohimboyon terletak di antara kedua-dua simpang tersebut yang dianggarkan sejauh 10Km dari simpang Kampung Kibas tetapi hanya dalam 6km dari simpang di pekan Kundasang. Mudahnya, untuk sampai ke SK Mohimboyon, anda harus mencari papan tanda bertulis Kg.Mohimboyon atau Sk.Mohimboyon dan anda sudah berada di laluan yang betul ataupun anda boleh bertanyakan kedudukan sebenar Bukit Lugas kepada penduduk kampung yang rata2nya tahu status bukit ni sebagai tumpuan pengunjung setempat.


Laluan turun ke Sk.Mohimboyon dari laluan utama Mohimboyon-Kibas adalah sejauh 1.5Km melalui jalan raya simen yang kurang baik dan anda d nasihatkan supaya memandu perlahan-lahan. Kereta kompak yg telah di ubah suai suspensinya, harap lupakanlah hasrat untuk lalu di jalan ini kecuali "sampin joki".

Setelah sampai ke Sk.Mohimboyon, tempatkan kereta anda di tempat meletak kenderaan berhampiran Futsal Court yang kami anggap sebagai tempat permulaan expedisi. Bagi kereta 4wd, anda masih boleh memandu kereta anda melalui jalan pendakian tanah dan boleh meletakkan  kereta anda di halaman rumah salah seorang penduduk kampung Waang lama iaitu di rumah Puan Rosimeh Tambakau, yang jaraknya daripada Sk. Mohimboyon sejauh 1Km. Ini akan memendekkan jarak pendakian anda ke Bukit Lugas.

Peta kedudukan Bukit Lugas idi Ranau

Peta laluan pendakian ke Bukit Lugas








Salah Satu trek laluan berhampiran puncak kedua Bukit Lugas




Pemandangan dari Drone puncak Bukit Lugas
















 Puncak Kedua kelihatan di belakang



Antara pendaki-pendaki yang telah ke Bukit Lugas





Laluan berkonopi kan pohon-pohon kayu yang besar dan agak licin kerana lingkaran akar-akar kayunya




"Kukuanga"  atau periuk kera










Bunga Reflesia juga boleh tumbuh di kawasan bukit Lugas




















POKOK Salong banyak terdapat di kawasan Bukit Lugas Kg Waang Ranau .Pokok ini mengeluarkan getah putih dan menjadi hitam bila dibiar lama. Kegunaan getah salong ini adalah untuk bahan api,sebagai lampu pada waktu malam (di zaman nenek moyang). Ramai orang tidak tahu betapa bergunanya pokok ini sebagai keperluan dalam hidup. Nak lihat pokok ini hanya terdapat di kawasan laluan ke Bukit Lugas kg.Waang Ranau.






Perjalanan bermula melalui jalan gravel sejauh 1km sehingga anda berjumpa dengan rumah berwarna maroon. Dapatkan khidmat guide di sini ya, anda TIDAK DIBENARKAN untuk meneruskan perjalanan tanpa khidmat guide disebabkan laluan ke puncak, banyak simpang yang boleh menyebabkan kita sesat. Bagi penghunjung yg sudah beberapa kali datang ke sini yang tahu laluannya, hanya mohon kebenaran sahaja pada pemilik rumah tersebut bahawa anda lalu di kawasan itu .

Pendakian bolehlah dianggap sebagai sederhana susah. Laluan berkanopikan hutan rimbun dan lantainya kebanyakkan akar kayu menyukarkan pergerakan pendakian, ditambah lagi topografinya yang curam. Laluan hutan hanya dalam 1.1km, pendek tapi agak mencabar. Untuk pengetahuan pengunjung bukit ini mmpunyai 2 puncak iaitu puncak pertama berketinggian 1215m aras laut dn puncak kedua berketinggian 1275m aras laut..
Pemandangan daripada puncak Bukit Lugas memberikan satu pengalaman baru dengan keindahan pokok-pokok reneknya dan tumbuhan liar hutan yang lain.

Berapa bayaran masuk dan upah Guide ?

Di maklumkan pada masa tulisan ini dibuat Bukit Lugas ini masih dalam proses penambahbaikan dan perbincangan masih sedang dijalankan oleh JKKK Kampung Waang. Buat sementara ini bayaran belum lagi ditetapkan hanya guide sahaja anda perlu bayar mengikut kemampuan dan keikhlasan hati anda..

Sejarah Bukit Lugas ?

Menurut cerita dari penduduk kampung iaitu Puan Rosimeh, Mitos orang terdahulu mengatakan bukit ini adalah tempat kediaman bagi makhluk ghaib yang menjaga persekitaran kampung ini yang menghalang orang luar daripada menjajah tempat ini suatu ketika dahulu..walaupun kita generasi baru sukar untuk menerima cerita yang kita anggap karut, sekurang-kurangnya kita hormat adat dan asal usul tempat itu. Oleh kerana bukit ini mmpunyai sejarahnya tersendiri, pengunjung di nasihatkan untuk menjaga diri dan mengawal tingkahlaku sewaktu anda melawat bukit ini. Mengelak lebih bagus daripada terkena sesuatu yang tidak di ingini. Pengunjung tidak dibenarkan membuang sampah sewaktu pendakian dan semasa keberadaan anda di puncak. Dalam bahasa Dusun ("Haro Rogon atau Mion"). Mengikut cerita aki-aki, ada mitos bahawa bukit ini yang sebenarnya ingin dijadikan gunung Kinabalu tetapi "nesulang" atau prosesnya itu terkacau oleh Bundu yang akhirnya di pindahkan ke Gunung Kinabalu yang ada sekarang.

Tempahan Guide

Sebelum anda datang ke sini, anda perlu memaklumkan kedatangan anda kepada yg berkenaan bagi tujuan penyedian guide. Info lebih awal amat di perlukan, sekurang-kurangnya 2-3 hari sebelum pendakian. Untuk pengetahuan pengunjung, Puan Rosimeh boleh mneyediakan makanan atau minuman sebelum dan selepas mendaki ,tetapi dengan bayaran sekiranya anda maklumkan kepadanya lebih awal. Kadarnya bolehlah berunding dengan beliau.

Info lanjut dan tujuan menempah guide, anda boleh menghubungi nombor yg tertera seperti berikut :

019 532 6476 Rosimeh Tembakau
019 532 8089 Jaunip Yukin
019 893 0356 Rizal

TOLONG JAGA KEBERSIHAN TEMPAT INI !!!
Untuk gambaran sebenar Bukit Lugas Kg.Waang Lama,sila rujuk link ini utk melihat video




No comments:

Post a Comment