Sunday, January 3, 2010

Musim durian dah berakhir..

Akhirnya musim durian telah berakhir. Payung-payung yang dulunya banyak didirikan di tepi-tepi jalan kian berkurangan dan ada pondok-pondok menjual yang didirikan dulu kini telah kosong sementara menunggu musim yang akan datang. Kalaupun ada yang menjual kini dengan harga yang lebih tinggi iaitu mencecah Rm10 sekilo berbanding dulu yang separuh harga lebih murah.

Jalan Telupid-Ranau terutama di kampung Nalapak yang dulunya dipenuhi dengan penjual di sepanjang jalan kini sepi. Kelmarin 2 Jan 2010, sewaktu saya melalui jalan ini hanya seorang saja penjual durian berhampiran dengan timbangan JPJ. Kalau dulu penjual di sana biasanya lebih 10 orang dan banyak durian yang dijual di sana. Penjual-penjual di Kampung Sogindai Lama telah lama berhenti menjual mungkin durian di sana memang telah habis. Dulu penjual-penjual di sini beroperasi 24 jam. Biarpun anda melalui kawasan ini tengah malam, anda akan dapat melihat jalan di kawasan ini terang benderang dengan cahaya penjual-penjual buah durian ini.


Saya merindui musim durian ini....

No comments:

Post a Comment